Next time
THE EXOLUXION IN MALAYSIA. maybe next time duh
Assalamualaikum gais. Semalam saje scroll balik post zaman berblogging dulu. Weh mata aku tiba-tiba berkaca. Haha rindu sangat. Rindu nak buat tutorial, freebies, edit macam dulu. Tapi banyak dah lupa, jadi terpaksa lupakan hasrat tu. Tadi nak tukar lagu pun terkebil-kebil mencari. Tak ingat. Lels. So, mulai sekarang blog ni bukanlah 100% tutobies kerana akan ku selitkan juga pasal kisah hidup. Ayat tu. ehem.
Since lama aku menyepi dari dunia blogging ni, nak cerita pasal exoluxion sikit. Bunyi macam takde kaitan kan, tapi nak cerita jugak. Ha ha ha. Perasaan kecewa masih membuak. Sebab tarikh exoluxion masa tu sama tarikh dengan exam MUET. Aku yang nak jawab exam MUET masa tu pun agak bercelaru jugak lah jiwa ni. Tak tenang. Then masa tu, kawan aku ada jugak yang pergi TEL ni. Time tu juga lah aku minta simpati untuk diorang spam gambar & videos. dan end up jelouas gila.
Gambar atas tu before concert start. Kak Aiza hantar. Dia duduk CAT 4 tak silap. Tapi quite jelas dari CAT 1 or rock zone. Lucky sangat. Banyak dia spam. Aku ni punya excited tiap masa whatsApp dia suruh bagi live update. Wey annoying nya aku ni. Ha ha ha.
Tbh, gambar atas ni paling precious. Sebab? Baekhyun. Tangan aku sejuk tiba-tiba masa dapat pic ni. Susah nak gambarkan perasaan maca tu. Tak payah pergi concert, tengok gambar dekat screen pon aku dah excited semacam. Seronoknya dapat pengalaman macam ni kan. Aku? Entah lah. Next time mungkin. PLANET 3 ~~
4 comment [s]:
I got your feeling kak tieqa ~ tak dapat pegi pun dah excited depan fon >< inikan kalau pegi haha
Lol . Serious i terkejut tengok dashboard ada nama sis . Hiks . Welcome back . Haha . I pray for you untuk nexttime punya concert pulak . Kihkih
The Talking Diary
welcome back. saya tak pegi jugak tel. hopefully nanti ade lagi kat sini
Welcome back kak tiqa.. terkejut bila tengok akak update blog. Huhuhuhu
Post a Comment