Tips : Pemilihan Header


Assalamualaikum and annyeonghaseyo semua. First time post tips dekat blog ni. Awkward. Okay la. Kalau kita tengok kebanyakkan blog mesti letak header. Header ni memainkan peranan yang penting jugak. Kalau tak, nampak kosong je blog tu. Tapi ada juga kriteria dlm pemilihan header ni. Tak kisah la dari segi warna, gambar, tulisan. Sebab setiap sudut memainkan peranan yg penting. Agaknya apa yang penting dalam pemilihan header ni.

1. Jenis Gambar

Nak bagi header tu nampak menarik mesti kita nak letak gambar kan. Tak kisah la doodle or sbgainya. Asalkan nampak menarik. Tapi dalam bab pemilihan gambar ni korang kena peka sikit. Maksudnya jangan sesekali pilih gambar yang terpotong sana-sini atau gambar yang terhalang dengan sesuatu objek untuk dijadikan header. Sebagai contoh :

Tumblr_mlffx0ke9i1rqdzb7o4_250_large   Tumblr_mlffx0ke9i1rqdzb7o1_250_large

Kalau kita perhatikan gambar dekat atas ni. Okay, tuan dlm gambar ni mmg comel. LOL. Tapi sayangnya gambar ni separuh je nampak dan ni akan jadi masalah bila korang nak crop gambar tu nanti. Nampak tak cantik. Hope korang faham eh? Better pilih gambar penuh macam ni. 



2. Transparent Image

Benda yang paling tieqa tak suka buat ialah transparent gambar. Haha. Tak berapa suka sebab ia rumit. Tambahan bila gambar tu ada background dekat belakang. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.  Ni yang jadi masalah, bila nak transparent image tu. So, korang perlu teliti. Pastikan jangan ada serpihan background pada gambar tu. Kalau tak nanti nampak tak kemas. Contoh mcm bawah ni. Nampak serpihan di hujung gambar

 


3. Warna

Pemilihan warna tersangat la penting. Betul ni. Sebelum buat header korang tentukan warna apa yang sesuai dengan tema blog korg tu. Kalau blog korg warna pink. Buat la header tu warna pink. Tapi jangan betul-II PINK. Maksudnya campur la sikit dengan warna yang lebih gelap. Contohnya PINK PEKAT. So, boleh nampak kotra di situ. Takde la tenggelam. Biar ada gabungan antara warna gelap dan cerah.

4. Font


Tulisan. Font. Guna font yang mudah difahami. Tak salah jika korg nak guna font yang berangkai. Tapi, make sure ia mudah difahami. Pilih font yang simple pon sudah memadai. Asalkan nampak kemas. Tak perlu terlalu serabut. Sakit mata orang nak baca awak oi. 

Itu sahaja tips yg tak seberapa dari tieqa. Jadi pemilihan header amat la penting dengan mengikut kesesuai blog kita. Nak buat header kena ikut kesesuai bukan main design ikut suka je ye. Okay itu sahaja dari saya. Takde idea dah. Mengantuk ni. Sekian.

3 comment [s]:

Fateen Shafini said...

Wah! Nice tuto!

Anonymous said...

thx akak Tipsny :0

shikyn shukri said...

akk boleh ajarkan mcm mane nk download font-2 tu..i mean dapatkan font-2 tularr...